ADAB BAIK YANG DITUNJUKKAN OLEH PENYOKONG JDT | Budaya murni rakyat Jepun Sempena Piala Fifa 2014 sudah menular ke negeri Johor.
Sebelum ini satu dunia diheboh dan dipaparkan dengan beberapa keping gambar betapa murni dan mulianya serta pembersihnya masyarakat Jepun ketika menonton pertandingan pasukannya di Piala FIFA 2014 di Brazil.
Para penyokong tegarnya dipaparkan sedang mengutip sampah sarap di stadium berkenaan.. Tindakan dan gelagat mereka mendapat liputan meluas seluruh duni dengan kata-kata pujian mnelimpah ruah. Dilaman sosial dan blog menjadi viral.
Akhirnya gelagat dan perangai penyokong setia Jepun itu menjadi ikutan pula oleh masyarakat kita di Johor Bahru apabila dilihat penyokong JDT beramai-ramai membuat kerja amal mengutip sampah dan membersihkan stadium selepas menonton perlawan bolasepak di Stadium Larkin JB.
Sikap penyokong yang membantu pihak pengurusan stadium wajar dipuji apabila sebaik selesai perlawanan, mereka dilihat mengutip serta membersihkan kawasan tempat duduk mereka.
Amalan sedemikian sekiranya dijadikan satu budaya pastinya mampu menjadikan kita sebagai contoh yang baik kepada generasi akan datang serta menjadikan budaya kebersihan sebagai salah satu ciri-ciri penyokong kita yang merupakan satu sikap positif yang telah pun diamalkan oleh penyokong luar negara terutamanya Jepun dan Korea Selatan.
Tidak mustahil sekiranya jika kita mahukan pasukan bertaraf dunia, kita juga mampu menjadi penyokong bertaraf dunia.
Sekali lagi jutaan terima kasih serta salam hormat diucapkan kepada semua para penyokong yang terlibat. Perubahan yang positif bakal membawa kita ke suatu tanda aras baru sebagai penyokong dan yang nyata, anda adalah yang terbaik.
Syabas Johor..
0 comments:
Post a Comment