NORA DANISH : BEKAS ISTERI RESTU HUBUNGAN MEREKA | Nama Nora Danish kembali menjadi perbualan minggu ini apabila beliau berkecil hati apabila ada pihak yang menuduh beliau sebagai punca perpisahan kekasihnya kini, Nedim Nazri dan isterinya Nabilah Khan. Bukankah mereka berdua sudah lama berpisah? Hmm.
Nabilah Khan atau lebih manja dengan panggilan Bee Khan telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagram peribadi beliau menjawab persoalan ini dan jelas wanita itu tidak punyai sebarang masalah dengan hubungan Nora Daniah & bekas suaminya.
“Nedim adalah bekas suami dan juga ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama”
“Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia,“ tulis Bee Khan.
Isteri Nedim Restu Hubungan Dengan Nora Danish - ROTIKAYA
Nora Danish turut menulis membalas kenyataan positif Bee Khan ini dengan meluahkan rasa syukur dengan penjelasan yang diberi selain berharap hubungan mereka berdua semakin baik selepas ini. Begitulah wanita yang matang, tidak bercakaran kerana lelaki. Heh.
0 comments:
Post a Comment