iklan a

kik

Sunday, 13 July 2014

MAYAT BAYI DI TAPAK PERLUPUSAN | TAWAU: Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, berkata mayat ditemui kira-kira 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan. 

"Pekerja berkenaan menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan. 

"Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat. 

Polis meminta orang ramai yang mempuyai maklumat tentang kes itu agar menghubungi mereka.


MAYAT BAYI MASIH BERTALI PUSAT DITEMUI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI TAWAU

Salam ydh tuan

Jumpa mayat bayi lelaki dan uri di tempat pembuangan sampah bukit gemuk, jalan bombalai, tawau. 

1. Report twu/11111/14 
Masa dijumpai 8/7/14 @ 1040hrs. 

2. Pegadu kpl Ak Shafie bin Pg Minggu L/40 thn , brunei, K/polis (tugas dcc).

3. Tempat kejadian : Tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, jalan bombalai Tawau.

4. Fakta kes : Pada 8/7/14 @ 1140hrs, semasa sedang bertugas menerima panggilan telefon dari hotline dari seorang lelaki nama Abdul Rahman Bin Khamis memgatakan telah menjumpai mayat bayi didalam kotak dan dibungkus dgn plastik hitam dan satu plastik uri bayi yang telah dibungkus. 

Siasatan awal mendapati Abdul Rahman Khamis berkerja mengumpul sampah ditapak pelupusan sampah. Memakumkan bahawa tugasnya adalah memcari bahan2 yang boleg digunakan semua dan semasa mengorek sampah tersebut menjumpai mayat bayi didalam kotak tersebut. Sampah sarap dibuang dari lori yang paling akhir pada jam 4 pagi. Mayat bayi lelaki dianggarkan masih baru tiada kesan kecederaan dan cukup sifat.

5. Suspek: tiada

6.Tindakan :
6.1. Pegawai penyiasat ke tempat kejadian.
6.2 Mpv dan anggota bombalai di tempat kejadian.
6.3. Arahkan ocs bombalai untuk dapatkan maklumat mengenai kejadian ini.
6.4 Mayat bayi telah dihantar ke hospital dan pol 68 telah dikeluarkan kepada pihak hospital.

Perkembangan lanjut akan menyusul.

Terima kasih ydh tuan.

0 comments:

Post a Comment

iklan d