iklan a

kik

Wednesday, 9 July 2014

PALESTINE : 28 TERBUNUH DAN 150 LAGI CEDERA | GAZA CITY – Operasi serangan udara berterusan Israel terhadap pejuang Gaza kini mengorbankan 28 orang manakala lebih 150 lagi cedera, lapor pasukan perubatan hari ini.


Ia dianggap serangan berdarah terburuk dalam sehari di semenanjung berkenaan sejak 2012.

Serangan udara yang bermula semalam di Gaza mengorbankan 24 orang, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak manakala askar Israel membunuh empat pejuang Hamas.

Korban nyawa pertama awal pagi ini pula membabitkan enam orang dalam satu keluarga, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Kejadian berlaku apabila serangan bom pesawat Israel mengenai rumah keluarga berkenaan di Beit Hanoun, utara Gaza.

Rumah berkenaan dikatakan milik seorang komander Briged Al-Quds, salah satu sayap Pergerakan Jihad Palestin.

Satu lagi serangan awal hari ini ialah di bandar selatan Rafah yang mengorbankan seorang remaja lelaki.

0 comments:

Post a Comment

iklan d