iklan a

kik

Sunday, 13 July 2014

FIFA 2014 : LOUIS VAN GAAL TERPAKSA MEMBERI PENJELASAN | SAO POULO: Jurulatih Belanda Louis van Gaal kesal kerana tidak dapat menggunakan penjaga gol yang disifatkan sebagai pakar penyelamat penalti, Tim Krul pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia yang menyaksikan mereka tewas penentuan sepakan penalti 4-2 kepada Argentina awal pagi semalam.


Jasper Cillessen tidak pernah menyelamatkan sepakan penalti sepanjang karier profesional dan gagal menyelamatkan keempat-empat sepakan penalti Argentina selepas Ron Vlaar dan Wesley Sneijder gagal menyempurnakan sepakan masing-masing.

Belanda menumpaskan Costa Rica menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir selepas Van Gaal membawa masuk penjaga gol simpanan Krul khusus untuk menyelamatkan sepakan penalti dan dia berjaya menyekat dua percubaan.

Bagaimanapun, Van Gaal sudah menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain ketika menentang Argentina, termasuk mengeluarkan penyerang yang kepenatan, Robin van Persie pada masa tambahan. Justeru, Cillessen perlu terus kekal di dalam padang selepas perlawanan tamat 0-0.

“Jika saya mempunyai peluang untuk mengeluarkan Jasper, saya akan melakukannya tetapi saya sudah menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d