MAYA KARIN : PENYOKONG KUAT JERMAN | Semua yang mengikuti perkembangan dunia bola sepak dunia lebih lebih lagu dalam musim Piala Dunia 2014 ini sudah tahu yang Maya Karin merupakan penyokong kuat Jerman.
Maya Karin yang ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama Warner Music dan pelancaran album 15 Senandung Aidilfitri telah memberitahu peluang untuk Jerman memenangi Piala Dunia 2014 adalah 50-50,
Walaubagaimanapun dia masih berharap bahawa pasukan kegemarannya itu berjaya menentang pasukan lawan pada malam kemuncak Piala Dunia, Ahad ini.
“Setakat ini saya tak boleh nak buat sebarang ramalan dan beria-ria kerana saya akan menonton dahulu di separuh pertama, dan apabila mendapati permainan mereka agak lancar barulah saya boleh berharap untuk kemenangan mereka. Saya tak boleh nampak terlalu yakin kerana apa saja boleh berlaku pada malam final itu,“ ujarnya.
Sementara itu, di majlis tersebut Maya turut menyanyikan single rayanya yang pertama berjudul Pulang dan berharap lagu tersebut bakal menjadi lagu malar segar (evergreen) untuk dimainkan di corong corong radio pada setiap tahun.
“Ini merupakan single pertama raya berjudul Pulang. Masa mula-mula dengar melodi lagu ini saya sudah mula jatuh hati kerana telah diberi nafas baru dan berharap lagu ini bakal berkumandang di radio-radio pada setiap tahun,“ katanya.
Maya Karin juga memberitahu bahawa dia akan terbang ke kota London sebelum balik beraya di Malaysia untuk bersama-sama adik dan bapanya berbuka puasa di sana.
“Saya akan ke London pada malam ini untuk berada di sana bersama adik dan bapa untuk berbuka puasa di sana selama beberapa hari sebelum saya pulang ke Malaysia untuk beraya di sini,“ tambah Maya Karin lagi mengakhiri perbualan.
0 comments:
Post a Comment