iklan a

kik

Monday, 14 July 2014

KEKURANGAN ANTARA PUNCA KEMATIAN | Seorang anak semalam telah mendakwa tindakan tergesa-gesa seorang pelatih perubatan di sebuah hospital di sini mencabut beberapa wayar termasuk wayar ECG pada badan ibunya telah menyebabkan ibunya meninggal dunia.

GAMBAR HIASAN

Dakwaan itu dibuat Wong Kok Yew, 48, berhubung kematian ibunya Agnes Liu Soo Thye, 76, yang dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira 9 malam pada 15 Mac lalu akibat jangkitan paru-paru bernanah. Ibunya meninggal keesokan harinya.

"Kira-kira pukul 5 pagi, seorang daripada empat pelatih yang datang ke katil ibu saya telah mencabut beberapa wayar dalam keadaan kelam-kabut. Ibu saya yang sedang lena ketika itu terkejut dan badannya menggigil kerana menahan kesakitan.

"Semua meter pada mesin yang ditempat di sekeliling katil ibu saya turut terjejas bacaannya. Namun doktor mengesahkan ibu saya mati mengejut," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional di sini hari ini.

Beliau mendakwa pelatih berkenaan mencabut wayar ibunya kerana pesakit di katil sebelah ibunya berada dalam keadaan kecemasan dan memerlukan wayar tersebut.

"Ibu saya sudah tua dan mempunyai kulit nipis dan sensitif, sudah tentu dia terkejut apabila wayar pada badannya ditarik secara kasar.

"Saya juga tidak berpuas hati dengan cara mereka mengambil sampel darah ibu saya sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan," katanya.

Wong berkata beliau telah meminta penjelasan daripada pihak hospital berkenaan namun tidak mendapat maklum balas.

Pengerusi pusat khidmat berkenaan, Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya juga menghantar surat kepada pihak hospital untuk meminta penjelasan.

"Pihak kami banyak menerima aduan berkaitan perkhidmatan tidak memuaskan hospital itu termasuk layanan kasar kepada pesakit," katanya

0 comments:

Post a Comment

iklan d