iklan a

kik

Monday, 14 July 2014

PEMANDU TEKSI MENONTON VIDEO LUCAH | Seorang penumpang telah menfailkan aduan terhadap syarikat teksi Premier apabila salah seorang pemandunya menonton filem lucah ketika memandu.

Menurut laporan Lianhe Wanbao melalui AsiaOne, Chen Zhi Yong, 30 mendakwa pemandu tersebut menonton hampir 10 minit ketika perjalanannya dari Amoy Street Food Center ke Empress Place Market dan Food Center yang mengambil masa 25 minit.


En. Chen memberitahu wartawan bahawa beliau amat terkejut apabila melihat wanita bogel dalam skrin iPad yang dilekatkan pada stereng teksi berkenaan. Tambahnya lagi, bunyi dari filem tersebut membuatkan beliau rasa tidak selesa, lapor Pilihan anda.

Beliau merasakan sikap sedemikian bukan sahaja membahayakan dirinya, malah kepada pemandu dan pengguna jalan yang lain.

Akhbar tersebut menyebut, jurucakap dari syarikat teksi sebagai berkata perkara itu sekarang dalam siasatan dan tindakan akan diambil jika ianya benar-benar terjadi.

0 comments:

Post a Comment

iklan d