iklan a

kik

Sunday, 13 July 2014

CULIK : HAMPIR DI LARIKAN | Agak terlambat sedikit artikel ini, namun ia penting kerana keselamatan anak-anak atau adik kita. Keselamatan mereka sebenarnya bergantung kepada diri kita juga. Janganlah terlalu asyik dengan barang jualan di bazaar sehingga tidak menyedari anak/adik kita hilang diculik oleh orang tidak dikenali. Ikuti petikan berita dibawah.

GAMBAR HIASAN

Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris ‘diculik’ seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak terbabit berjalan bersama bapanya untuk membeli juadah berbuka bersama seorang lagi anaknya berusia 10 tahun.

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

Menurutnya, sebaik menoleh, beliau melihat seorang lelaki berusia 30-an dan berkulit gelap memegang anaknya dan tindakannya memaling muka ke arah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki itu terkejut.

“Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri. di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan.

“Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak, namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri,” katanya.

“Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai,”

Jurucakap polis mengesahkan mengenai laporan berkenaan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai laporan itu. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d