iklan a

kik

Monday, 14 July 2014

FIFA 2014 : PERTARUHAN SEHINGGA BERNILAI RM1.05J | JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket perjudian perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 dengan nilai pertaruhan RM1.05 juta.
        

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, Op Soga yang dilancarkan pada 13 Jun lepas membuat 105 serbuan dan memeriksa 311 individu.
        
Hasil pemeriksaan itu, 31 individu ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat sebagai ejen ataupun bookie kepada sindiket pertaruhan.
        
"Hampir 90 peratus serbuan dilakukan di tempat awam seperti restoran dan kawasan terbuka yang lain sekitar Wilayah Iskandar Malaysia," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
        
Turut dirampas dalam operasi itu wang tunai RM61,215 dan 5,650 dolar Singapura, sembilan komputer tablet, 30 telefon bimbit, tujuh modem wifi dan sejumlah rekod pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Mohd Mokhtar berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 jika didapati bersalah. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d