iklan a

kik

Sunday, 13 July 2014

PALESTINE : MEREKA SENTIASA DI LINDUNGI ALLAH | Kita sering kali didedahkan dengan serangan Israel yang kebanyakanya menyasar ke kawasan penduduk awam, dari secantik-cantik banner boycott yang di reka oleh mereka yang berkemahiran, sehinggalah kepada sesedih-sedih video yang di tayangkan menggambarkan kesengsaraan mereka. 


Tetapi kali ini admin tidak bercadang untuk menambahkan lagi banner atau video tetapi admin sampai kan cerita mengenai kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah yang melindungi tanah Palestine.

Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:

PELURU RPG YANG MASIH TIDAK DIGUNAKAN
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!

TENTERA YANG BERUNIFORM PUTIH
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 

BUTA KERANA PASIR
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan
tidak tahu siapakah yang melakukannya.

PELURU YANG TERSASAR
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera
mereka sendiri! Ia berpatah balik!

ROKET YANG MELUNCUR SENDIRI
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

RASULULLAH  SENDIRI INGIN BERPERANG DI GAZA
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.





0 comments:

Post a Comment

iklan d