IZZUE ISLAM : TERGADAI NAMA KERANA MH17 | Pelakon Izzue Islam terkejut dan kesal dengan tindakan individu yang menggunakan namanya di laman sosial Twitter dengan mempersoalkan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam Khamis lalu.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, perkara tersebut membuatkan dirinya dikecam dan dituduh sebagai tidak sensitif terhadap isu yang masih menjadi perhatian negara itu.
"Saya masih lagi terkejut dan hampir tidak percaya dengan kejadian yang menimpa negara kita dan MH17, saya tidak sangka pula ada pihak ambil kesempatan untuk menjadikan perkara ini sebagai sindiran lebih-lebih lagi menggunakan nama saya pula. Kali terakhir saya muat naik status laman sosial Instagram dan Twitter ialah mengucapkan takziah pagi tadi (Jumaat).
"Saya harap semua peminat tidak terpedaya dan percaya dengan apa yang ditulisnya itu, kerana akaun Twitter saya sebenar ialah @Izzueislam bukan @IzzueIslamMY," katanya ketika dihubngi mStar Online, di sini, Jumaat.
0 comments:
Post a Comment