HELIZA HELMI : ARTIS WANITA MALAYSIA SEMAKIN MENDEKATI AGAMA | Sepanjang musim yang lepas dunia hiburan tanah air sekali lagi telah menyaksikan pelakon dan pengacara Neelofa telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya dan begitu juga dengan bekas model ‘playboy‘ Felixia Yeap yang telah berhijrah dan terbuka hati untuk memeluk Islam secara ikhlas tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Bertemu dengan selebriti yang juga duta kepada produk rambut Sunsilk, Heliza Helmi di majlis berbuka puasa kelmarin telah memberikan sedikit ulasan mengenai penghijrahan selebriti-selebriti ini dalam proses untuk menjadi muslim yang sejati.
“Nampaknya mereka semua makin lama, makin dekat dengan Allah, itulah yang ingin kita lihat pada suatu hari semua artis di Malaysia akan ke arah itu juga. Bagi saya itu juga satu cabaran buat saya kerana apa yang dibuat oleh saya iaitu kerja saya itu semuanya berkat dan kuasa Allah. Kalau Allah mengizinkan maka jadilah benda itu dan sebaliknya, yang penting mestilah mengikhlaskan diri dalam apa jua yang kita laksanakan,“ ujarnya ketika ditemui.
Sementara itu, kebanjiran artis-artis yang berhijab ini kadangkala sedikit agresif apabila mereka ini menjadi Ustazah Segera dan Heliza ketika ditanya soal ini, secara jujurnya menjelaskan bahawa mereka ini mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan dan berharap peminat tidak menyalah tafsirkan apa yang ingin disampaikan itu.
Baginya untuk menegur seseorang itu perlulah secara berhemah & tertib agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Mereka ini mempunyai cara tersendiri atau mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada masyarakat dan peminat. Kita janganlah menyalah tafsirkan apa yang cuba disampaikan itu. Bagi orang yang menegur itu pula perlulah menegur secara berhemah dan menggunakan bahasa bahawa yang indah supaya tidak terguris perasaan mana-mana pihak. Eloklah kita saling maaf-memaafi dan yang penting cubalah untuk memperbaiki diri,“ katanya lagi
0 comments:
Post a Comment