NELYDIA SENROSE : WUJUD PERSELISIHAN TETAPI MASIH TEGUH| Sedangkan lidah lagi tergigit apakan lagi suami isteri. Eh. Ini bukan pertama kali rasanya hubungan Nelydia Senrose & Qi Razali didakwa mempunyai masalah namun mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumahtangg bahagia hingga ke akhirnya.
Menerusi portal GUA hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru baru ini terdapat sedikit salah faham antara mereka berdua sehingga menyebabkan mereka bergaduh di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah puncanya.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya.
Khabarnya pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik baik sahaja dan harap peminat yang terlihat insiden itu tidak salah faham.
0 comments:
Post a Comment