iklan a

kik

Saturday, 19 July 2014

ALLIZA ABDULLAH : MEMBUKA PEKUNG BEKAS SUAMI | selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.


Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami. 

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik." 

Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.

0 comments:

Post a Comment

iklan d