PENGASUH LALAI, BAYI DI ASUH MENERIMA PADAH | Luluh hati seorang ibu selepas melihat muka bayi lelakinya melecur teruk akibat terkena kemenyan ketika ditinggalkan kepada rakannya untuk dijaga dalam kejadian di sebuah rumah di Lebuh Macallum, Georgetown semalam.
Bayi berusia lima bulan itu dikatakan menjadi mangsa dera rakan ibunya tetapi sehingga kini ia belum dapat dipastikan kerana wanita yang menjaganya itu terus menghilangkan diri. Ibu mangsa, C Jugavalli berkata, dia meninggalkan bayinya itu kepada rakannya kerana wanita itu memberitahu mahu menjaga anaknya itu sejak sebulan lalu sebelum dia mengambil keputusan bertemu dengan bayinya jam 5 petang kelmarin.
“Saya baru mendapat kerja di kilang dan rakan memberitahu dia boleh menjaga anak saya. Saya memang percayakannya lalu menyerahkan anak kepadanya.
“Setiap hari saya menghubungi rakan saya itu bertanyakan keadaan anak dan dia memberitahu supaya tidak perlu risau serta bimbang kerana anak saya selamat di bawah jagaannya,” katanya. Tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Valliamman menghubungi rakanya itu sekali lagi untuk berjumpa namun sehingga kini rakanya itu gagal dikesan.
Dia kemudiannya menggertak akan membuat laporan polis jika rakannya itu terus bertindak menghilangkan diri. Ketua Polis Daerah Timur Laut,Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya belum menerima laporan berkenaan insiden itu.
Mior berkata, kes berkenaan juga akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.
0 comments:
Post a Comment