iklan a

kik

Sunday, 13 July 2014

INDONESIA : PUSAT PELACURAN DIARAH TUTUP UNTUK RAMADHAN | Dolly yang terletak di Jarak, Surabaya Indonesia pernah dinobatkan sebagai kawasan pelacuran terbesar di Asia Tenggara. 

Ianya sudah wujud sejak zaman penjajahan Belanda di Indonesia dan mendapat namanya dariDolly Van Der Maart yang merupakan ibu ayam pertama di kawasan ini. 

Selepas beroperasi selama ratusan tahun, Dolly diarahkan tutup sebelum ketibaan bulan Ramadan 18 Jun yang lalu. Tindakan penutupan ini dilakukan oleh Datok Bandar Tri Rismaharini yang mahu membersihkan imej Surabaya yang kotor akibat kewujudan pusat pelacuran mega ini. 

Bagi menggesa penutupan, kerajaan tempatan sanggup membayar 1300 orang pelacur yang bekerja di Dolly sebanyak 5 Juta Rupiah (RM 1350) bagi meninggalkan kerjaya mereka. Sungguhpun tawaran yang diberikan agak lumayan, majoriti pekerja seks di Dolly enggan mengikuti arahan Tri Rismaharini. Mereka meneruskan perniagaan mereka kerana mereka tiada cara lain untuk menyara hidup. Meraka mahukan usaha dan bantuan yang lebih baik dari pihak kerajaan bagi membantu mereka mencari kerja baru bagi menggantikan kegiatan pelacuran. Beberapa demo menolak penutupan Dolly juga dilakukan oleh para pekerja seks.

Datok Bandar Tri Rismaharini memanjangkan tempoh untuk kawasan pelacuran ini ditutup sehingga akhir Ramadan. Tidak diketahui samada tawaran lebih baik akan diberikan ataupun tidak. 














0 comments:

Post a Comment

iklan d