PROSES PEMBUATAN YANG TIDAK BERSIH PUNCA SIJIL HALAL DI SEKAT | Sijil halal sebuah kilang roti yang didakwa kotor dan jijik di Ipoh telah ditarik balik oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK). Susulan tersebarnya beberapa keping gambar kilang roti sunshine yang kotor di facebook.
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo halal tanpa perakuan JAIPK malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber JAIPK.
JAIPK mengesahkan tindakan menarik logo halal dari kilang tersebut telah pun diambil sekitar sebulan yang lalu.
Menurut Sinar Harian, JAIPK, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan operasi ke atas kilang tersebut pada tarikh 12 Jun.
Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan turut memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa tindakan susulan telah diambil ke atas kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan ramadan lagi. Walau bagaimana pun, kilang terbabit sudahpun ditutup dan berpindah ke tempat yang baru.
0 comments:
Post a Comment