AKIBAT TIDAK MENDENGAR NASIHAT IBU, REMAJA TERGELINCIR DARI TINGKAT 4 | Georgetown: Tindakan seorang remaja berbual dengan teman wanita menggunakan telefon bimbit sambil duduk di balkoni rumah membawa padah apabila dia tergelincir dan terjatuh daripada tingkat empat kediaman keluarganya di Lengkok Nipah 3, Sungai Dua di sini, semalam.
Akibatnya, mangsa, Chong Yin Xian, 16, patah tulang paha kanan dan tulang tangan kiri. Dia kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Menurut sumber, ibu mangsa sebelum itu sudah beberapa kali menegur perbuatannya kerana tembok balkoni terbabit agak licin selain risaukan keselamatannya.
Tidak lama kemudian, ibunya terdengar jeritan mangsa namun tidak sempat berbuat apa-apa. Penduduk kemudiannya menghubungi ambulans. Keadaan mangsa stabil dan tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment