PATAH RUSUK AKIBAT DIREMPUH BOT PISANG | Bapa mangsa, Ramlan Pardi, 50, berkata anak lelakinya itu separuh sedar sepanjang rawatan akibat kecederaan pada paru-paru selain mengalami patah rusuk kiri dan menerima lebih 10 jahitan di lengan kiri.
"Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Kuala Lumpur, selepas solat Zuhur sebaik urusan bedah siasat selesai," katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ, di sini, pagi ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan siasatan masih diteruskan.
Semalam, seorang pemandu bot pisang Mohd Amirol Yasli, 21, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan memandu bot secara gopoh hingga menyebabkan kecederaan Muhamad Hidayat.
GAMBAR HIASAN
Mengikut fakta pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Hidayat dengan perbuatan memandu bot secara gopoh atau cuai sehingga membahayakan nyawa manusia atau keselamatan orang lain.
Kesalahan itu dilakukan di Pantai Dataran Telok Kemang, Batu 8, Jalan Pantai, Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari 7 September lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan mangsa.
0 comments:
Post a Comment