iklan a

kik

Monday, 15 September 2014

MALAYSIA : ANTARA 10 NEGARA PALING LAMBAT LIPUTAN INTERNET | Kini di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akses internet. Tidak kiralah melalui perkhidmatan kabel telefon ataupun 'mobile internet', boleh dikatakan semua orang di negara ini memerlukan internet terutamanya untuk bersosial.


Namun, didalam akses internet yang semakin mudah dicapai, adakah kelajuan internet di Malaysia memuaskan? Melalui laman web Therichten.net, Malaysia dilaporkan antara 10 negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling lembab.

Menurut laman web tersebut, penduduk di Malaysia mula diperkenalkan dengan internet pada tahun 1995 dan kebanyakan pengguna internet di negara ini menggunakan internet pada kelajuan 256 kbps.


Laman web tersebut juga berkata, kerajaan telah cuba menyelesaikan masalah dalam isu sambungan ke internet dan telah menunjukkan 4.0% penurunan dalam masalah itu dalam beberapa tahun yang lepas.

Berikut adalah senarai 10 negara yang mempunyai masalah internet yang terlembab :

10. Malaysia
9. Kazakhstan
8. Indonesia
7. Syria
6. Bolivia
5. India
4. Iran
3. Nigeria
2. Nepal
1. Libya

Therichten.net adalah sebuah laman web yang mengkompil 10 perkara yang terbaik dan terburuk dalam satu-satu isu.

sumber : http://therichten.net/top-10-countries-slowest-internet/


0 comments:

Post a Comment

iklan d