LUNA MAYA : TELAH MENEMUI CALON | “Oh, iya dong lupakan yang lama (senyum). Saya sekarang 100% bahagia. Walaupun saya sering sibuk dengan kerja-kerja saya tapi dia seorang yang sangat memahami. Lagipun dia juga sibuk dengan kerjanya,” kata Luna Maya mengesahkan dia kini sudah mempunyai kekasih baru.
Luna Maya ditemui pada majlis pelancaran single kolaborasinya bersama Dato‘ AC Mizal berjudul Paranoid di G Tower, semalam. Diajak bercerita lanjut mengenai jejaka yang berjaya menambat hatinya itu, Luna Maya hanya mahu para media Malaysia mengenali lelaki itu sebagai Mr. R.
Sebelum ini kisah cinta pengacara juga pelakon kelahiran Indonesia ini dengan bekas vokalis Peter Pan, Aeril hangat diperkatakan baik di negara kelahirannya juga di Malaysia. Lebih-lebih apabila hubungan cinta mereka bertukar menjadi kontroversi (gara-gara video seks mereka tersebar) dan hubungan mereka berakhir dengan sendirinya semenjak Aeril dipenjarakan.
Dalam pada itu kata Luna Maya lagi, dia sudah menjalinkan cinta dengan Mr. R sejak lebih setahun setengah yang lalu. Walaupun jejaka itu muda setahun darinya, namun kesefahaman membuat dia cukup selesa dengan kekasihnya yang merupakan seorang penerbit juga ahli perniagaan itu.
“Walaupun dia lebih muda daripada saya tapi dia seorang yang sangat memahami. Kami juga punya banyak persamaan. Kami suka menonton wayang, melancong dan paling penting dia suka lagu terbaru saya bersama AC Mizal ini (Paranoid)”
Mengenai perancangan masa depannya bersama lelaki itu, Luna Maya berkata mereka ada juga berbincang mengenai soal perkahwinan, tetapi kemungkinan bukan dalam tahun ini.
Disamping itu dia juga merancang untuk mengarahkan filem barunya iaitu sebuah filem romantik-komedi. Beritahu Luna Maya, untuk filemnya itu nanti dia mahu menawarkan tawaran berlakon kepada sekurang-kurang dua pelakon dari Malaysia.
“Saya berhasrat mahu mengambil pelakon Malaysia untuk filem terbaru arahan saya nanti. Tapi setakat ini saya masih belum memutuskan siapa yang saya mahu. Saya juga sedang bertanyakan siapa pelakon Malaysia yang sedang popular sekarang dan mendapatkan cadangan daripada teman-teman di sini,” tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment