iklan a

kik

Wednesday, 17 September 2014

TIKAM DADA PUNCA WARGA MYANMAR MAUT | KUANTAN – Seorang pekerja warga asing maut dipercayai ditikam di dada di sebuah rumah kongsi di perumahan Bukit Setongkol Baru di sini, awal pagi tadi.

GAMBAR HIASAN

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Kobirahamed Nozirahamed, 17.

Katanya kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai rakan mangsa kepada pihak polis pada jam 3.20 pagi tadi.

“Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan tikaman objek tajam di bahagian dada sebelah kanan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

GAMBAR HIASAN

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan setakat ini juga polis tidak menemui sebarang senjata atau objek yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Polis kini sedang giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d