iklan a

kik

Monday, 15 September 2014

AMERIKA SYARIKAT ISTIHAR PERANG KEPADA ISIL | WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Rumah Putih dan Pentagon mengisytiharkan perang terhadap kumpulan Negara Islam, sehari selepas Barack Obama menyatakan pendirian untuk menghancurkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.

Jurucakap Rumah Putih berkata, kaedah perang itu sama seperti yang pernah dilakukan dalam usaha memburu dan menghapuskan gerakan Al Qaeda.


Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry semalam, dilihat enggan menggunakan istilah 'perang' tetapi lebih selesa menggunakan istilah membendung aktiviti pengganas.

Sementara itu, Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander AS di Afghanistan, dilantik sebagai penyelaras memerangi kumpulan itu.

Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf berkata, Allen akan membantu untuk mewujudkan, menyelaras dan meneruskan pakatan global dalam pelbagai usaha melenyapkan kemaraan ISIL, laporan dipetik dari Al Arabiya/AFP.


0 comments:

Post a Comment

iklan d