iklan a

kik

Friday, 31 October 2014

ANAK HILANG : SUAMI LARIKAN ANAK LELAKI SENDIRI | Kuala Terengganu: “Saya merayu kepada suami supaya memulangkan Adam, 2, yang dilarikan sejak dua minggu lalu,” kata Nor Zunnurain Ely Shazwani Sallehoddin yang mendakwa suaminya melarikan anak mereka sejak 16 Oktober lalu.

Nor Zunnurain, 23, berkata, dia dan suami dalam proses perceraian dan Mahkamah Syariah pada Januari lalu memberikan hak penjagaan sementara anak kepadanya.


Katanya, pada 16 Oktober lalu, suaminya, Yusof Ling @ Ling Jin Yueh Abdullah, 45, datang bersama seorang rakannya untuk melawat Adam.

“Namun suami mengambil Adam lalu membawanya menaiki sebuah Proton Wira Aeroback berwarna hitam dan meninggalkan rumah.

“Sebaik keluar saya serta ibu mendapati anak sudah tiada dan pada hari sama, saya membuat laporan polis di Balai Polis Manir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pasu, di sini, semalam.

Menurutnya, dia berharap suaminya mematuhi perintah Mahkamah Syariah yang mana hak penjagaan sementara anak berada di bawah jagaannya.

Katanya, dia sudah melakukan pelbagai usaha mencari Adam termasuk menghubungi waris suaminya, namun gagal.

Nor Zunnurain berkata, dia berharap orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada dapat menghubungi dia di talian 019-9876112. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d