iklan a

kik

Friday, 31 October 2014

POLIS BERJAYA JEJAKI PEROMPAK DALAM MASA KURANG 30 JAM | Kuala Lumpur : Tempoh kurang 30 jam diambil pihak polis bagi menjejaki wang tunai berjumlah RM2 juta yang dirompak penjenayah dari sebuah van keselamatan malam kelmarin.


Sumber berkata, sepasukan polis cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menemui semula wang itu hasil tindakan pantas polis sejurus menerima laporan kes rompakan di Taman Equine, Seri Kembangan di sini.

Menurutnya, wang tunai itu ditemui polis sebelum dibawa ke IPD Serdang untuk dikira semula semalam.

“Bagaimanapun jumlah sebenar wang yang dijumpai semula polis itu masih belum diketahui,” katanya.

Sumber itu berkata, polis juga menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 30-an di Pahang untuk membantu siasatan.

“Penahanan terbaru itu menjadikan jumlah suspek ditahan adalah lima individu. Polis sebelum ini sudah menahan reman empat pengawal keselamatan yang membawa van itu sejurus rompakan berlaku.

“Suspek yang baru ditahan itu ditahan direman selama lima hari selepas dibawa anggota polis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, polis juga masih memburu saki baki kumpulan suspek yang terbabit dalam rompakan itu.

0 comments:

Post a Comment

iklan d