iklan a

kik

Sunday, 19 October 2014

PEJABAT POS YANG TERLETAK DI BAWAH PERMUKAAN AIR LAUT |  Terletak 50 meter dari pantai  Pulau Hideaway, Republik Vaunatu, tiga meter di bawah permukaan air laut terdapat pejabat pos kecil. Underwater Post Office Vanuatu Post beroperasi setiap hari selama satu jam sejak kali pertama dilancarkan pada tahun 2003. 

Pejabat pos itu dikendalikan oleh pekerja pos rasmi yang berpakaian seragam snorkeling dan wetsuit. Ribuan kad pos tahan air telah dihantar oleh pelancong dari pejabat pos laut ini. Surat dicap bawah air menggunakan cap embossing dan dikumpulkan sesuai mengikut jadual oleh penyelam terlatih. Surat-surat itu kemudian dihantar ke pejabat pos pusat untuk penghantaran ke destinasi di seluruh dunia.






0 comments:

Post a Comment

iklan d