HISYAM HAMID : SEGAN TERHADAP ALYAH | Pertama kali diundang untuk menjayakan watak dalam penggambaran video muzik penyanyi tempatan, pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid merasakan dirinya cukup bertuah terutama sekali apabila dapat bekerjasama dengan penyanyi popular Alyah.
Memegang watak sebagai suami yang dimasukan penjara, Hisyam Hamid yang ditemui sebelum penggambaran video muzik itu berkata antara babak yang membuat dirinya gusar ialah babak di atas katil.
Katanya, babak berkenaan menceritakan simbolik sebuah kebahagian berumah tangga tetapi telah dihancurkan oleh kerana sikap panas baran dan kali pukul dirinya yang memegang watak sebagai suami kepada Alyah.
“Saya sudah pun membuat ‘research’ berkenaan klip video Alyah yang terdahulu bersama Remy Ishak dan saya juga sudah berbincang dengan Ghaz Abu Bakar (pengarah) berkenaan watak dan babak-babak yang akan saya lakonkan nanti.
“Saya akan melakonkan watak di dalam penjara dan juga babak di atas katil. Memamg agak gentar kerana inilah kali pertama saya bekerjasama dengan Alyah dan juga pertama kali untuk sebuah produksi video muzik.
“Berkenaan berlakon dengan artis bertudung dan memegang watak mesra, saya menganggapnya sebagai satu cabaran kerana pastinya memamg ada batasan.
“Bagaimanapun ianya terpulang kepada kreativiti kami di dalam set nanti dan pastinya kami perlu menjaga batasan dan gerak-geri tetapi memerlukan kerjasama antara satu dengan yang lain,” katanya yang bakal tampil dengan drama bersiri terbaru tidak lama lagi.
Tambah Hisyam Hashim, sebagai persediaan mendalami wataknya dia dengan bantuan isterinya telah mendengar lagu Sesal Separuh Nyawa berulang kali dan menyifatkan lagu berkenaan sangat menyentuh jiwa.
Katanya, dia sangat menghormati Alyah sebagai salah seorang penyanyi popular di negara ini dan sangat dikenali di Singapura bersandarkan bakatnya yang besar.
Sementara itu kata Alyah, sebagai seorang selebriti yang sudahpun berhijab dan menjadi milik masyarakat dia akan mengelak sebarang babak yang boleh menimbulkan kontrovesi dan rasa tidak puas hati orang ramai.
“Tidak akan ada adegan mesra atau intim dalam video klip ini kerana Alyah sedar, Alyah perlu menjaga hati orang di luar sana terutama sekali diri ini yang sudahpun berhijab,” katanya ringkas
0 comments:
Post a Comment