PERKARA YANG BERLAKU DI JEPUN | Jepun adalah sebuah negara kepualauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik dan berjiran dengan China, Korea dan Rusia. Seperti kita semua sedia mengetahui, Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan proaktif yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh kepada negara lain untuk maju dan berjaya. Kemajuan Jepun dibantu rakyatnya yang hidup dengan penuh disiplin dan mempunyai semangat cintakan negara yang menebal. Untuk kali ini kami dedahkan kepada anda beberapa fakta menarik yang kita sendiri tidak tahu mengenai Negara Matahari Terbit ini…
1.TIADA PEMBANTU RUMAH:
Walaupun Jepun adalah antara negara yang terkaya di dunia, rakyatnya tidak berminat untuk menggaji pemabntu rumah. Kaum ibu-bapa lebih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjagaan anak-anak mereka di rumah.
2. PEMBENTUKAN AKHLAK:
Pada awal persekolahan hingga darjah enam, anak-anak di Jepun diajar dengan satu matapelajaran yang dikenali sebagai ” Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar-pelajar di sana belajar mengenai akhlak dalam diri, etika dan cara berdepan atau berkomunikasi dengan orang lain.
3. TIADA ISTILAH GAGAL:
Tiada istilah gagal pada awal persekolahan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat menengah. Ini disebabkan objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak. Bukanlah hanya semata-mata mementingkan pendidikan dan indoktrinasi.
4. MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH:
Pelajar di Jepun membersihkan sekolah mereka 20 minit setiap hari bersama-sama guru-guru di sekolah tersebut. Ini membantu sikap ke arah generasi Jepun yang sederhana dan prihatin akan kebersihan sekeliling.
5. BERUS GIGI DI SEKOLAH:
Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/steril dan mereka memberus gigi di sekolah setiap kali selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. PENGETUA MAKAN TERLEBIH DAHULU:
Pengetua sekolah akan makan terbelih dulu makanan pelajarnya setengah jam sebelum pelajarnya makan. Ini adalah kerana untuk memastikan keselamatan mereka dari terhindar dari penyakit keracunan makanan. Pengetua disini menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlidungan.
7. PEKERJA PEMBERSIHAN JEPUN:
Pekerja pembersihan di Jepun digelar “Jurutera Kesihatan” yang dibayar gaji pada jumlah 5000 hingga 8000 USD sebulan. Nilai gaji yang mereka terima ini bergantung pada ujian bertulis dan lisan semasa ditemuduga.
8. LARANGAN MENGGUNAKAN TELEON BIMBIT:
Dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam keretapi/tren, restoran dan tempat-tempat yang tertutup. Mereka mengaktifkan butang “silent” pada telefon bimbit setiap kali melihat papan tanda, ini adalah salah satu sikap yang mencerminkan mereka mempunyai akhlak dan beretika.
9. MAKAN SEKADAR PERLU:
Jika anda berkunjung ke Restoran buffet di Jepun, pasti anda akan terlihat setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja. Mereka juga akan menghabiskan makanan tersebut tanpa meninggalkan sebarang sisa-makan di atas pinggan.
10. KADAR KELEWATAN TREN:
Kadar kelewatan tren/keretapi di Jepun paling tinggi dan paling lama pernah direkodkan hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana mereka adalah rakyat yang tahu akan betapa pentingnya menghargai masa dan amat peka pada ketetapan waktu.
0 comments:
Post a Comment