iklan a

kik

Monday, 20 October 2014

CHE TA : HARAP JANGAN DI PERTIKAI TAJAAN YANG DITERIMA | Sejak semalam, isu tajaan pihak hospital untuk proses bersalin Rozita Che Wan yang dijangkakan tidak lama lagi ini menjadi bualan ramai. Ramai yang mendoakan rezeki pelakon itu semakin murah dan tidak kurang juga mempersoalkan kewajaran tajaan itu.


Bercakap kepada Kosmo! mengulas isu ini, Rozita Che Wan meminta supaya tiada mana-mana pihak mempertikaikan tajaan yang diterimanya kerana menganggap ianya satu rezeki buat mereka dan menyatakan ada beberapa lagi tajaan yang sedang dipertimbang.

“Alhamdulillah, murah rezeki saya dan bayi dalam perut ini. Selain hospital, ada syarikat insurans yang ingin taja, begitu juga dengan tajaan daripada sebuah produk set bersalin dan sekarang ini sedang berbincang mengenai tajaan produk lampin pakai buang pula”

“Bagi saya, ini semua rezeki yang tidak harus ditolak dan semua pihak harus faham bahawa ianya lebih kepada strategi promosi yang pastinya akan memberikan kelebihan kepada pihak yang memberikan tajaan itu,” jelas Rozita Che Wan hari ini. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d