MAYAT "DICULIK" UNTUK DI KAHWINKAN | Shandong – Seorang lelaki, Wang, baru-baru ini, mengaku dia dan lapan rakannya terbabit menjalankan kegiatan mencuri dan menjual mayat. Wang membuat pengakuan itu ketika dia disoal siasat selepas ditangkap mencuri motosikal di daerah Juye di wilayah Shandong.
Menurut Wang, dia dan rakannya menggali semula kubur wanita bujang yang sudah ditanam tiga bulan sebelum itu dan menjualnya dengan harga 18,000 yuan (RM9,770).
“Mayat wanita yang sudah lama mati tidak bernilai sebanyak itu berbanding mereka yang baru mati. Biasanya ia boleh dijual dengan harga antara 16,000 (RM8,500) dan 20,000 yuan (RM10,700),” kata Wang.
Hasil soal siasat itu, polis melancarkan gerakan menjejaki lelaki bernama Liu di bandar Handan, Hebei.
Lee ialah pembeli mayat wanita yang dijual Wang pada Mac lalu dan dia menyimpan mayat terbabit di rumah mayat sebuah hospital di bandar berkenaan selama seminggu sebelum menjualnya di bandar Wuan dengan harga 38,000 yuan (RM20,430).
Perkahwinan hantu adalah amalan kuno sebuah masyarakat di Negara China.
Ia bagaimanapun masih dilakukan sehingga hari ini.
Biasanya, terdapat dua jenis perkahwinan hantu, satu diadakan antara dua orang yang sudah mati dan satu lagi antara orang mati dengan yang masih hidup.
Menurut kepercayaan, waris si mati akan ditimpa kecelakaan jika anggota keluarga mereka yang masih bujang ditanam bersendirian.
Kerana itu, anggota keluarga terbabit akan berusaha mencari mayat untuk mengadakan perkahwinan hantu bagi si mati.
0 comments:
Post a Comment