iklan a

kik

Friday, 31 October 2014

BERITA PALSU : POLIS NAFI PANTAU NOMBOR TELEFON ORANG RAMAI | SHAH ALAM – Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi “Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat… Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.


Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu. PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d