iklan a

kik

Monday, 3 November 2014

AIRBUS SUPER JUMBO A380 QANTAS MELALUI JARAK PENERBANGAN PALING JAUH | FORT WORTH, Texas: Qantas menerbangkan pesawat penumpang terbesar dunia untuk laluan paling panjang di dunia.

Pesawat Airbus Super Jumbo A380 Qantas itu mendarat semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth (DFW) kira-kira 15 jam selepas berlepas dari Sydney, Australia, dalam perjalanan sejauh 13,804 kilometer.


Pesawat dua tingkat, empat enjin itu disambut dengan tembakan meriam air, kemudian ditarik ke pintu dua tingkat yang direka khas untuk upacara berkenaan.

Jurucakap Qantas berkata pelancaran penerbangan itu membawa 484 penumpang.


DFW adalah lapangan terbang besar yang menghubungkan penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dan Latin Amerika, menjadikannya sesuai bagi pesawat berkenaan serta laluannya.

Qantas sebelum ini menggunakan pesawat Boeing 747 untuk penerbangan Sydney-Dallas, yang memerlukannya berhenti di Brisbane, Australia.

"Dengan A380 kami dapat menyediakan lebih ruangan," kata Naib Presiden Qantas Vanessa Hudson

0 comments:

Post a Comment

iklan d