iklan a

kik

Monday 3 November 2014

TIDAK MENGHALANG CITA-CITA ANAK UNTUK MENJADI JURUTERBANG | Shah Alam: Mariam Yusof, 46, isteri kepada Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, tidak akan menghalang cita-cita anak bongsu mereka meneruskan impian mengikuti jejak langkah arwah.


Katanya, Wan Yusuf Irfan memang ingin menjadi juruterbang dan sebagai ibu, beliau tidak akan melarang walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapi. "Wan Yusuf memang bersungguh- sungguh nak ikut jejak langkah ayahnya kerana dia suka berjalan dan melihat tempat baharu.

Kalau itu yang diimpikan, saya sebagai ibu merelakan saja hajatnya. Jadilah juruterbang untuk menyambung legasi abah," katanya. Bercerita kesusahan meneruskan hidup selepas kehilangan Wan Amran, Mariam berkata, beliau berharap Penerbangan Malaysia (MAS) mempertimbangkan bantuan berterusan, sama seperti faedah diterima kakitangan yang bersara.

"Arwah berhak mendapat skim persaraan kerana beliau bukan berhenti atau diberhentikan kerja, beliau terkorban ketika bertugas. Bantuan sama juga perlu disalurkan kepada waris kakitangan MAS lain yang turut terkorban dalam nahas itu kerana kebanyakan isteri mereka juga tidak bekerja," katanya.


Beliau turut berharap ada dana khas daripada kerajaan membantu waris yang terjejas akibat nahas menyayat hati berkenaan, selain menuntut pihak yang bertanggungjawab di sebalik keganasan itu diheret ke muka pengadilan dan dihukum setimpal.

Sementara itu, Mariam berkata, anak sulungnya, Wan Yunus pernah mengalami tekanan perasaan apabila kematian ayahnya dijadikan bahan gurauan rakan, menyebabkannya enggan ke sekolah.

0 comments:

Post a Comment

iklan d