NOKIA : PHONE LEGEND YANG SEMUA ORANG PASTI PERNAH DENGAR | Jenama NOKIA mungkin bukan lagi menjadi pilihan utama para pengguna untuk mendapatkan smartphone pilihan mereka pada hari ini tapi buat kebanyakan mereka yang membesar pada tahun 90-an dan 2000-an, pastinya tidak akan dapat melupakan betapa berjasanya NOKIA dalam hidup mereka.
Ini kerana pada tahun-tahun tersebut, NOKIA sememangnya menjadi rebutan di sana-sini sebagai pengeluar telefon bimbit paling menyerlah dengan pelbagai jenis rekaan dan ketahanan yang menarik perhatian sesiapa sahaja. Ini kerana keberanian NOKIA dalam menghasilkan pelbagai jenis telefon bimbit yang pelik bila dilihat tapi sangat unik sebenarnya.
Ketika itu, smartphones secanggih iPhone, Samsung dan lain-lain yang ada seperti hari ini langsung tidak pernah terbayang akan wujud. Namun telefon bimbit ketika itu tak semua orang mampu pakai. Siapa yang ada tu siap gantung dekat leher lagi penuh rasa bangga! Hahaha!
Selain korang boleh cari housing yang memang bersepah gila macam-macam design dan warna masa tu, lampu di keypad pun boleh ditukar kepada warna yang disukai. Masa zaman tu, casing atau bumper semua ni tak wujud lagi macam hari ini.
Apa taknya kalau jatuh sekadar berkecai terpisah dari bahagiannya tapi masih boleh dipasang semula dan kembali kepada asal. Dah macam LEGO ye tak? Kalau housing calar atau pecah, terus beli housing baru dalam RM20 harga pada masa tu.
Biarpun NOKIA kini bukanlah lagi sebuah jenama yang menjadi pilihan orang ramai, berikut Oh! Media mempersembahkan rekaan-rekaan telefon bimbit lama buatan NOKIA yang mempunyai rekaan yang sangat unik dan menjadi kegemaran sesiapa sahaja pada ketika itu dan bukannya sekadar phone yang lebih kurang sahaja rekaannya seperti hari ini, hanya berbentuk petak dengan skrin besar memenuhi ruang.
0 comments:
Post a Comment