iklan a

kik

Monday 3 November 2014

SUSPEK AMUK LARI DARI TAHANAN HOSPITAL | JOHOR BAHRU: Wanita yang pernah didakwa terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.

Muhdalena yang diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Tampoi, di sini oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lalu itu dikatakan dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin.

Bagaimanapun, Muhdalena didapati tiada di katil hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dikatakan memberi alasan untuk keluar ke tandas.


Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan dalam satu kejadian amuk dua tahun lalu. Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi sementara menunggu diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Muhdalena yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghadapi empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, 9 Julai 2012.

0 comments:

Post a Comment

iklan d