ELLY MAZLEIN : MENAMATKAN ZAMAN BUJANG BERSAMA AZMI HATTA | Pelakon & penyanyi Elly Mazlein, 34, sah bergelar isteri kepada pengarah drama dan filem, Azmi Hatta, 39, dengan dua kali lafaz pagi ini. Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Surau As Sakinah. Pemilihan surau berkenaan juga kerana pusara arwah ibu Elly Mazlein, Sabariah Yoon yang terletak berdekatan
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Hanafi Syed Abdullah disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaafar. Elly menyerahkan sembilan dulang dan dibalas tujuh dulang oleh suaminya. Elly menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran pula dirahsiakan.
“Dalam gembira segala galanya berjalan seperti dirancang, hati saya bercampur baur. Sebak kerana ibu sudah tiada untuk menyaksikan hari bersejarah ini. Saya dan suami pun sepakat untuk tidak mengadakan sebarang majlis selanjutnya”
“Dengan fasa baru ini, saya mahu menjadi isteri yang terbaik. Suami pun tak menghalang kerjaya lakonan. Selepas ini pun saya tak memilih watak tapi keutamaan lebih kepada rumah tangga. Tawaran berlakon pun saya terima sekitar KL saja,” kata Elly Mazlein.
0 comments:
Post a Comment