iklan a

kik

Sunday, 16 November 2014

NABILA HUDA : KETEPIKAN KONTROVERSI DAN USAHA UNTUK DIHARGAI | Pelakon yang kini semakin hangat di pentas lakonan, Nabila Huda akhirnya memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Balqis setelah berjuang dalam industri seni selama 14 tahun di Anugerah Skrin 2014 baru baru ini.


Dia yang tidak menjangkakan kemenangan tersebut berpihak pada dirinya pada malam tersebut agak sebak apabila memberikan ucapan kemenangannya lalu terlupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga terutamanya bapa dan ibunya yang banyak memberikan sokongan semenjak dia berkecimpung dalam industri lakonan tanah air.

“Alhamdulillah ini hasilnya hari ini, ASK tercalon buat kali pertama selepas 14 tahun dan menang. Saya seorang yang biasa sahaja tidak harap apa-apa cuma saya perlukan orang untuk menghargai bakat saya itu sahaja,” kata Nabila Huda.

Kontroversi yang membabitkan dirinya sebelum ini, tidak menganggu tumpuan dirinya untuk terus berkarya dengan baik dan terbukti dia kini adalah sebaris dengan pelakon ternama tanah air.

Tidak mahu lagi untuk bercakap mengenai kontroversi Nabila Huda kini optimis untuk memberikan yang terbaik lagi selepas ini, dan turut memberitahu bahawa lebih menyukai watak berat yang dibawanya seperti dalam drama Balqis yang tidak memerlukan sebarang make-up.

“Ketepikanlah kontroversi yang pernah melanda saya sebelum ini, hari ini saya bersyukur dan gembira sekali kerana hasil usaha selama ini. Cuma rasa terkilan sebab tak dapat ucapkan terima kasih buat keluarga saya yang tercinta dan menyokong saya selama ini”

“Tapi bersyukur juga kerana papa berada bersama saya malam ini. Saya suka watak yang berat, seperti dalam drama Balqis kerana watak sebegitu lebih dekat dengan penonton. Watak seperti itu juga tidak memerlukan untuk saya bersolek, dan sepanjang melakonkan watak tersebut saya tidak langsung bersolek dengan muka yang seperti itu,” katanya mengakhiri perbualan.

0 comments:

Post a Comment

iklan d