iklan a

kik

Wednesday 19 November 2014

NAD ZAINAL : GOSIP DENGAN REMY ISHAK ADALAH KARUT | Kami pun tidak tahu bagaimana khabar angin ini boleh timbul namun dengar cerita, bekas kekasih Nad Zainal sendiri yang menjaja gosip mengatakan pelakon wanita itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak, Remy Ishak.


Bercakap kepada mStar Online, Nad Zainal mendakwa khabar angin itu mengarut dan tidak logik untuk dirinya bercinta dengan Remy Ishak.

“Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja. Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran,” jelasnya.

Nad Zainal juga memaklumkan yang beliau tidak pula tahu menahu akan bekas kekasih yang mana menyebarkan kisah ini namun meminta jejaka itu untuk tidak lagi menganggu dirinya dan meneruskan kehidupan secara normal. Ha, siapa baik mengaku

0 comments:

Post a Comment

iklan d