iklan a

kik

Monday, 3 November 2014

LELAKI BERJOGING DISANGKA PEMBUNUH | LONDON: Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan persoalan selepas seorang lelaki berlari meluru ke arahnya dengan tidak sengaja ketika berjoging, tanpa disedari pengawal peribadinya semalam.

Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu ternampak lelaki terbabit berlari ke arahnya, pengawal peribadinya bagaimanapun tidak menyedarinya sehingga berlaku kejadian itu.


Cameron juga dibiarkan berdiri bersendirian dan terdedah tanpa kawalan selama beberapa saat sebelum pegawainya mengapit dan membawanya masuk ke sebuah kereta yang sedang menunggu.

Polis Metropolitan Britain, yang menugaskan pegawainya untuk menjaga Perdana Menteri, dengan segera melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.


Bekas pegawai kawalan keselamatan diraja dan diplomatik, Steve Park berkata pasukan pengawal peribadi Cameron tidak mempunyai mata tajam ketika menjalankan tugas.

"Mereka terlalu memberi tumpuan kepada Perdana Menteri sehingga tidak nampak keadaan di sekeliling untuk sebarang kemungkinan.

"Saya tidak fikir kejadian seperti ini pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Ahli Parlimen Britain, Mark Pritchard berkata dengan peningkatan ancaman keganasan, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Dean Balboa Farley, terlanggar Perdana Menteri berkenaan di pekarangan luar Dewan Sivik Leeds.

Dean, 28, ditahan sebelum dibebaskan oleh polis West Yorks yang menyatakan tidak ada apa-apa niat di sebalik kejadian itu.

Beliau juga mengecam pengawal peribadi Perdana Menteri kerana gagal mengambil tindakan cepat bagi mengelakkan kejadian itu. Dean berkata dia sedang berlari ke gimnasium ketika itu.

Katanya: "Saya tahu bagaimana rupa David Cameron tetapi saya mempunyai 'ear phone' di telinga dan sedang berlari. Saya juga pandang ke bawah dan tidak melihat atau mendengar sesiapa.

"Saya juga tidak sangka yang saya terlanggar seseorang. Saya sedar kemudian yang dia memang orang penting tetapi tidak tahu orang yang saya langgar itu adalah David Cameron."

Dean berkata dia disoal siasat di dalam van polis selama sejam sebelum gari dibuka daripada tangannya.

Katanya, pihak polis menyangka ada senjata di dalam tuala yang dibalut di tangannya. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d