BUNUH TEMAN WANITA KERANA HUBUNGAN RETAK | Taipei: Seorang lelaki ditangkap semalam selepas menetak hingga mati teman wanitanya. Media tempatan melaporkan, pelajar lulusan Universiti Taiwan, Zhang Yanwen menetak teman wanitanya sebanyak 34 kali selepas kecewa kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan mereka.
GAMBAR HIASAN
Kejadian berlaku selepas Zhang ke rumah wanita itu untuk memujuknya supaya membatalkan rancangan itu.
Zhang turut mengugut mendedahkan gambar b0gel mangsa tetapi wanita itu tetap dengan keputusannya.
Zhang kemudian mengambil pisau dan menetak mangsa. Dia turut mengelar leher teman wanitanya, menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
Zhang memberitahu polis dia tidak dapat menerima keputusan wanita itu.
0 comments:
Post a Comment