iklan a

kik

Thursday 6 November 2014

GURU AGAMA BERSAMA BAPA KANDUNG ROGOL REMAJA SEHINGGA HAMIL | JAKARTA – Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa. Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.


Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

iklan d