iklan a

kik

Friday, 14 November 2014

FELIXIA RAISYYAH : BAHAN MAKANAN TURUT MENJADI ISU | susahnya jadi wanita bernama Felixia Raisyyah Rania ini. Bukan saja penampilan dan waktu solatnya dikritik, kini apa yang dimakan pun turut menjadi isu.


Kadang-kadang kami pun pelik dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis membuat penilaian terhadap saudara baru kita ini.


Kalau korang nak tahu, semalam Felixia ada memuat naik sekeping foto yang menunjukkan cop halal di botol sos yang digunakannya dalam masakan.

Apabila kami baca kapsyen yang ditulis, Felixia meminta sesetengah pengikutnya untuk tidak risau akan apa yang dimakan kerana ianya halal.

There are some concern about my food and whether my food is halal or not. Lol…don’t worry. I know how to read. Perhaps I should start posting every single thing that I eat so people would stop doubting what I stuff into my mouth. LOL. #besarpunyahalalcop #halalfood #halal #maukasilutengok

Kami pun lihatlah di ruangan komen, tapi, tak ada pula yang memberi kritikan teruk-teruk. Mungkin Felixia telah memadamnya terlebih dahulu.

Tak apalah Felixia, mungkin peminat tersebut hanya menegur kerana ingin tahu, anggap saja kritikan yang diterima sebagai teguran membina.

0 comments:

Post a Comment

iklan d