iklan a

kik

Monday 3 November 2014

MENGHADAPI MASALAH TEKNIKAL, BARACK OBAMA MENUKAR PESAWAT PULANG | PHILADELPHIA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan rombongannya terpaksa menukar pesawat bagi penerbangan balik ke Washington semalam berikutan masalah mekanikal pada pesawat Air Force One, kata seorang jurucakap.


"Ketika di Philadelphia, kami tukar ke pesawat gantian berikutan ada masalah kecil mekanikal pada satu daripada sayap pesawat berkenaan," kata jurucakap Rumah Putih, Eric Schultz.

Bagaimanapun, katanya, pertukaran ke pesawat C-32 tidak akan menjejaskan jadual Obama.

Katanya, mana-mana pesawat yang membawa presiden akan dinamakan sebagai Air Force One.


Terdahulu, Obama ke Connecticut bagi menghadiri perhimpunan kempen sebelum terbang ke Pennsylvania bagi menghadiri satu lagi kempen menjelang pilihan raya pertengahan tempoh, esok.

0 comments:

Post a Comment

iklan d