iklan a

kik

Wednesday 19 November 2014

HANEZ SURAYA : JURUTERBANG PENGUBAT LUKA HATI | Nampaknya sudah lebih setahun kalau nama Hanez Suraya muncul di media, pastinya berkaitan dengan pergolakan kisah cintanya dengan Romie. Selepas mengakui yang hubungan mereka telah berakhir, ada kisah cinta baru pelakon ini timbul.


Sejak beberapa hari lalu, beberapa keping gambar Hanez Suraya bersama seorang jejaka tersebar di internet yang menimbulkan dakwaan pelakon ini sudah menemui pengganti. Hebat tidak hebat peminat dunia hiburan, jejaka itu sudah pun dikenalpasti pekerjaannya  juruterbang.

Boleh jadi juga jejaka ini hanya teman rapat Hanez Suraya namun gaya bergambar mereka berdua nampak seperti awal perkenanal sang pasangan bercinta. Cewah.


Dan dengan timbulnya kisah baru ini, ramai mula berpesan dan berharap yang jejaka ini bukannya milik sesiapa, maklumlah sudah muak membaca kontroversi sebelum ini dan pastinya tidak mahu semua itu berulang. Semoga Hanez Suraya bahagia hendaknya

0 comments:

Post a Comment

iklan d