iklan a

kik

Friday, 4 July 2014



ALYAH : BERHIJAB KELIHATAN SOPAN MANIS DAN MENUNTUT SYARAK | Nampaknya dunia seni hiburan tanah air telah sedikit sebanyak mengalami perubahan apabila ada nama nama besar selebriti terkenal seperti Fara Fauzana, Uqasha Senrose dan yang terbaru Neelofa telah pun berhijab dan ini telah disahkan sendiri oleh mereka.

Berhijab membuatkan seseorang wanita muslim itu lebih kelihatan sopan, manis dan sudah tentu mengikut tuntutan syarak dan agama Islam itu sendiri.

Bertemu penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah di majlis berbuka puasa anjuran Sony Music kelmarin sempat disoal mengenai hijab yang digayakannya kini dan sedikit pendapat daripadanya tentang trend pemakaian hijab dewasa ini dikalangan artis dan rata-ratanya selepas berhijab mereka terus menjadi ustazah segera.


“Saya sebenarnya tak berani nak cakap atau komen mengenai trend hijab yang terkini. Sebagai penyanyi yang baru memakai hijab ini saya mengambil jalan yang perlahan-lahan kerana saya masih menyanyi dan tidak boleh untuk memberikan komen yang bertentangan dengan kerjaya saya ini. Semua ini godaan jadi saya perlu terus untuk menjaga imej dan adab sesuai dengan imej saya yang berhijab ini agar tidak lari dari landasan itu,” ujarnya.

“Saya tak boleh nak menghakimi sesiapa artis yang memakai hijab kerana saya masih dalam bidang kerjaya nyanyian ini. Kalau nak ikutkan hukum apa yang kita buat ini semuanya dosa dan tidak dibenarkan. Apabila memakai hijab lebih banyak dugaan yang besar datang kepada kita”

“Saya tak boleh nak cakap sebarangan kerana saya suatu ketika dahulu pun tidak memakai hijab dan saya lebih suka berdiam dan muhasabah diri. Biarlah perubahan yang datang itu sedikit demi sedikit,” katanya mengakhiri perbualan.



0 comments:

Post a Comment

iklan d