DATO SERI NOH OMAR : MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MB SELANGOR | TANJONG KARANG : Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerana telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi penstrukturan semula air.
Menurutnya, Khalid telah bangun dari lena kerana bangkit menjaga kebajikan rakyat Selangor.
“Jangan politikkan isu air ini, kerana isu air ini akan menjejaskan industri-industri, terutamanya pelabur-pelabur di negeri Selangor .
“Selain dari itu, ia juga akan menyebabkan peniaga-peniaga kecil menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui media di rumah terbuka beliau di Padang Astaka Tanjong Karang.
Noh turut menjelaskan bahawa cara pemilihan Menteri Besar Selangor berbeza jika dibandingkan dengan cara pemilihan Presiden PKR.
“Di Selangor mempunyai perlembangan tubuh dan undang-undangnya yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak sewenang-wenangnya PKR ingin melantik orang lain menggantikan Khalid,” ujarnya.
Selain itu, Noh turut mendesak Khalid Ibrahim agar mendedahkan sebab dan musabab sebenarnya mengapakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
“Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Mungkin ada perkara yang Khalid tidak bersetuju yang kesannya akan menjejaskan kepentingan rakyat,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri turut menjelaskan bahawa Umno negeri akan mengambil pendirian tunggu dan lihat dalam kemelut menteri besar kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Mungkin undi tidak percaya terhadap Khalid berlaku, mungkin juga Khalid akan meletakkan jawatannya sendiri, dan mungkin juga Khalid akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor,” ujarnya.
“Walau apapun, kita (UMNO & BN) akan terus bersiapa-sedia bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku.”
“Anwar kini sudah tidak mempunyai kuasa, dan pengaruhnya juga semakin berkurang,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim juga turut menggesa Khalid agar mendedahkan mengapakah Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh mahu menggantikan beliau.
“Harap Khalid dedahkan kepincangan kepimpinan yang berlaku di Selangor sehinggakan Khalid terpaksa berjumpa Mursyidul Am PAS , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment