iklan a

kik

Saturday, 9 August 2014

ROMANA NAIK MINYAK AKIBAT DI TUDUH JADI ORANG KETIGA | “Memang saya bengang. Ini benda mengarut. Satu Malaysia pun tahu mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Takkan saya gila nak kacau (hubungan).”

Demikian kenyataan pelakon Ramona Zamzam, 24, yang berang apabila dituduh cuba mengganggu hubungan pelakon Dazrin Kamarudin, 26, dengan tunangnya, pelakon Amyra Rosli yang bakal berkahwin pada 8 Ogos ini.


Tambah Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, isu terbaru itu timbul berikutan gambar mesranya dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, beberapa hari lalu, menimbulkan salah faham kepada pihak tertentu.

“Hakikatnya saya dan Dazrin memang dah kenal lama. Kami memang akrab bila jumpa di lokasi tapi tak ada yang lebih seperti disalah ertikan pihak tertentu.

“Kebetulan kali ini kami berlakon bersama dan jadi rapat di set sebab sama kepala, itu saja. Saya profesional dan tahu menghormati status dia yang bakal berkahwin tak lama lagi,” katanya semalam.

Gambar yang menunjukkan kemesraan Ramona dan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem itu seperti dimuat naik di Instagram milik aktres itu menimbulkan kemarahan sebahagian besar peminat.

Ramona dicerca dengan kata kesat kononnya cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra yang akan berkahwin sedangkan gambar itu hanya menunjukkan mereka bergurau dan menghisap shisha ketika menunggu penggambaran. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d