KETAGIHAN DADAH SEAWAL USIA REMAJA | Kuala Terengganu – Ramai remaja anak nelayan di negeri ini berusia 13 hingga 21 tahun dikesan terjebak di dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
GAMBAR HIASAN
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu Rohayu Ahmad berkata, daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Besut mencatatkan jumlah penagih dadah yang ramai.
“Gejala penyalahgunaan dadah dikesan di setiap daerah, namun tiga daerah terbabit mencatatkan bilangan yang sedikit tinggi,” ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka di Wisma Seri Amar di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya juga mengesan terdapat pengedar dadah yang merekrut pelajar sekolah sebagai ejen dadah.
“Kami sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak polis bagi membanteras kegiatan itu. Kami turut mengesan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di negeri ini, namun jumlahnya agak kecil,” katanya.
0 comments:
Post a Comment