KERANA MASALAH KELUARGA, GADIS TERJUN BANGUNAN | Tanpa diketahui sebab jatuh, seorang gadis berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh penduduk di koridor pejalan kaki.
Penduduk yang prihatin kemudiannya menutup tubuh gadis tersebut dengan kain sementara menanti ambulan tiba.
Difahamkan, gadis tersebut adalah anggota keluarga Chen dan tinggal di flat berkenaan bersama ibu bapa dan abangnya yang berusia 21 tahun.
Abangnya yang berada di rumah ketika kejadian tidak menyedari apa yang berlaku kerana sedang tidur dan hanya tahu selepas pintu rumah diketuk oleh polis.
Dia mendakwa adiknya tidak mempunyai masalah dengan keluarga. Sementara itu jiran-jiran menyifatkan gadis tersebut seorang yang cantik dan sering dilihat joging di sekitar kawasan flat tersebut. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Khoo Teck Puat.
0 comments:
Post a Comment